My Friends

KLIK LA!

Monday, June 24, 2013

Kuih Paung Goreng (Kuih Bom Inti Sambal Ikan Trg)

Kuih Paung goreng yang dibuat semalam, tapi bukan akak yg buat. Mak akak yg buat. Sementera mak ada ni, minta dia ajarkan buat kuih tradisi Trg ni. Kalu kat Selangor/KL, mmg takkan jumpa kuih ni. Kalau nak makan disini, kena lah buat sendiri.


PAUNG GORENG aka KUIH BOM TRG

INTI

Bahan-bahan:

6 ekor ikan selayang
2 cawan santan
1/2 inci halia - dimayang halus
6 ulas bawang merah - dimayang
1 sudu kecil halba
gula dan garam secukup rasa

Cara membuat:

Ikan direbus dan ambil isinya. 
Kisar isi ikan dgn santan hingga hancur.
Masukkan bahan kisar ke dlm kuali.
Kacau hingga hampir kering.
Masukkan gula, garam, halia, bawang merah dan halba.
Kacau hingga sebati dan kering boleh lah diangkat. (jgn terlampau kering biar lembab2 skit)

KULIT

Bahan-bahan:

2  cawan tepung pulut
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan kelapa parut muda atau santan pekat
air secukupnya
secubit garam

Cara membuat:

Gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh.
Peram/rehatkan doh selama sekurang2nya 7 jam.
Ambil sedikit doh, masukkan inti dan bulat2kan.
Ulang sehingga doh habis.
Goreng didlm minyak yg tenggelam hingga keperangan.
Hati-hati krn kuih ni akan meletup jika api terlampau kuat.




3 comments:

Mamasya said...

Aslmkum k.Noor

tengok pau gereng ni terus teringat kat Ganu kite...lama tak mkn.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

inilah kuih yg dicari2 kalau balik Tganu.... akak suka dua2 versi pulut dan versi ubi kayu... dua2 pun akak suka..

Fazleyatul Aini said...

salam kak, selain ikan selayang, ikan apa bleh guna. ikan kembung bleh tak?